Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 COVER/POSTER BIL.22   Edisi Terdahulu   Kandungan   Mototalk   Edisi Seterusnya 

EDISI APRIL 2000

 

Mulai keluaran April 2000, majalah kesayangan semua iaitu DUNIA RoDA dengan rasminya bertukar nama kepada DUNIA MOTO. Bravo!!! Namun kami masih memaparkan nama DUNIA RoDA untuk muka hadapan dan DUNIA MoTO pula di mukasurat 2 bagi mengelakkan kekeliruan para pembaca. Agar pembaca dapat mengenal pasti akan perubahan jenama kami. Keluaran kali ini pula adalah edisi khas yang dipenuhi oleh segala skop berkenaan GP. Malangnya... tiada poster untuk keluaran ini kerana kami memerlukan lebih ruangan untuk memuatkan berita-berita mengenai GP yang begitu padat. Walau bagaimana pun, kami harap anda berpuashati dengan persembahan Edisi Khas GP DUNIA MoTO buat pertama kalinya. Kami sentiasa berusaha untuk menyajikan yang tercanggih untuk anda ...!!!

 

ISTIMEWA BULAN INI !!!

ADA PERADUAN !!!

"Peraduan Tanda Tangan DUNIA MoTO Paling Kreatif"

Bagi memeriahkan lagi pelancaran nama baru daripada DR kepada DUNIA MoTO, kami dengan bangganya mempelawa semua pembaca yang amat kami kasihi untuk menyertai "Peraduan Tanda Tangan DUNIA MoTO Paling Kreatif" atau "Most Creative DUNIA MoTO Signature". Dan rebutlah peluang keemasan untuk memenangi 1 x hadiah utama berupa pakej percutian selama 3 hari 2 malam di Ferringgi Beach Hotel, Batu Ferringgi, Penang serta layak menerima sebuah helmet penuh muka MICHEL dan juga barangan koleksi eksklusif DR seperti T-shirt, bandana dan satu set DR Racing stiker. Bagi 10 peserta yang kurang bernasib baik akan memenangi barangan koleksi eksklusif DR berupa sehelai bandana DR serta satu set DR Racing stiker.

Berikut adalah butiran lanjut peraduan ini:

1) Semua penyertaan tidak memerlukan sebarang bukti pembelian. Peraduan ini adalah terbuka pada semua pembaca majalah kesayangan semua ini.

2) Semua penyertaan mestilah sampai di alamat berikut sebelum 10hb. Jun 2000:

"Peraduan Tanda Tangan DUNIA MoTO Paling Kreatif"

TRISTAN PUBLISHING
P.O. Box 12830, Pejabat Pos Besar,
50670 Kuala Lumpur.

3) Tanda tangan yang dihasilkan mestilah dari idea kreatif peserta dan mestilah mengandungi perkataan "DUNIA MoTO". Pastikan ianya tidak terlalu kecil.

4) Boleh menggunakan poskad atau menggunakan kertas saiz A4 tetapi mestilah menyertakan dengan jelas dan tepat mengenai maklumat diri peserta seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, umur dan alamat. Penyertaan akan dibatalkan jika maklumat yang disertakan tidak jelas atau tidak lengkap.

5) Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.    Hakcipta Terpelihara.