Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 22   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Kadang-kala terlalu sukar untuk membuat sesuatu keputusan. Apatah lagi secara tiba-tiba. Kami mengambil masa berbulan-bulan untuk mengambil keputusan. Ianya satu langkah yang sangat penting, yakni berkait-rapat dengan identiti kami yang tersendiri. Kami mahukan satu jenama yang mampu menonjol serta membezakan kami dari lain-lain majalah permotoran.

DUNIA MoTO... Kewujudan majalah ini dihasilkan oleh bikers bagi memenuhi keperluan bahan bacaan untuk bikers . Edisi bulan ini mula memaparkan logo DUNIA MoTO di mukasurat 2. Marilah bersama-sama kami ke Era Baru, sertailah Peraduan Tanda Tangan DUNIA MoTO Paling Kreatif dan menangilah hadiah-hadiah hebat. DUNIA RoDA telah berkubur. Hidup DUNIA MoTO!

Kecenderungan seluruh dunia pada grand prix motosikal kian meningkat saban tahun. Dalam tahun 1999, 208 buah negara telah menyiarkan Kejuaraan Grand Prix menerusi siaran televisyen dengan disaksikan oleh 400 juta penonton. Dan kita adalah salah satu daripada 89 negara yang berpeluang untuk menonton perlumbaan tersebut secara langsung atau pun siaran tertunda namun masih pada hari yang sama.

Dengan harga tiket yang masih diluar kemampuan kebanyakkan penunggang muda, siaran televisyen oleh TV3 adalah sangat-sangat dihargai. Keghairahan untuk menyaksikan aksi-aksi hebat para pelumba turut menyumbang pada penangguhan beberapa minggu bagi ruangan Mototalk. Berkongsi bersama anda minat dan kecenderungan yang sama, DUNIA MOTO bulan ini secara eksklusif menyediakan maklumat-maklumat berkenaan GP.

Sepertimana anda semua tahu, semua pasukan GP kini bersedia untuk bertarung di pusingan kedua di Litar Sepang. Bolehkah Garry McCoy juara GP500cc di Litar Welkom mengulangi aksi hebatnya di Sepang pula? Mampukah Criville bangun semula? Berjayakah Roberts mengulangi kejayaan yang pernah dikecapi semasa di Sepang tahun lalu? Mampukah Rossi melakukan sesuatu?

Walau apa pun jawapannya, marilah bersama-sama menyaksikan aksi-aksi hebat mereka di Sepang. Dan walau apa pun yang berlaku, kami pasti menemui anda di sana pada 2hb. April. Sila berkunjung ke gerai DUNIA MOTO, dan anda mungkin berpeluang memenangi sesuatu...

JANGAN KETINGGALAN !!!

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara.