Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 1   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Sesuatu Yang Baru Bermula ...

SALAM PERKENALAN! Selamat datang ke dunia motosikal ... Dunia Roda, yang penuh dengan maklumat dan berhemah. Ianya seakan mimpi bagi kami di sidang pengarang majalah Dunia Roda kerana berjaya juga akhirnya muncul buat julung kali menemui pembaca. Mungkin ramai yang beranggapan kami kurang waras kerana menerbitkan majalah baru dalam keadaan gawat sebegini.

Ekonomi hari ini seakan roller-coaster ... sekejap di atas, sekejap di bawah ... menjunam turun mendadak, memanjat penat untuk naik semula. Tiada bezanya juga dengan harga motosikal yang tidak menentu. Banyak kedai motosikal takut untuk membawa masuk model baru, bukannya sekadar takut tiada pembeli ... bahkan gerun membayar duti import.

Mungkin juga irama ekonomi tidak begitu baik sekarang, tetapi yang nyatanya ia akan pulih ... cuma masa yang akan menentukannya. Kita tidak boleh hanya duduk diam berpeluk tubuh dan menanti tanpa melakukan sesuatu apa pun untuk memulihkannya. Sesuatu yang baru pasti akan berlaku, tidak kira apa pun situasinya. Jadi, tidak haruslah mempersoalkan kehadiran kami, kami hadir untuk memeriahkan suasana ... memberi sesuatu yang baru, segar dan bertenaga seperti majalah yang sedang anda tatap ini.

Bagi kami di sini, kehidupan sama seperti motosikal sekiranya ia diibaratkan sebegitu. Kita mahu menuju ke sesuatu destinasi, tetapi tidak mampu mengetahui apa yang mungkin menghalang kita. Hey! Janganlah risau pula. Periksa dahulu motosikal sebelum membuat perjalanan dan perjalanan anda selamat. Kami pasti kita semua akan mendapat apa yang diinginkan. Jangan berputus asa dan sekadar mengimpikan mimpi yang indah tanpa melakukan apa yang sepatutnya dilakukan untuk ke arah itu.

Cubalah sesuatu yang baru, sesuatu yang berbeza. Siapa tahu destinasi yang dituju hanya berada di sebalik selekoh di hadapan anda. Dan, jangan lupa perjalanan memang menyeronokkan. Itulah juga yang ada pada majalah ini ... FUN!!! Harapan kami di sini agar kami dapat menemani anda selalu ... seiring dalam perjalanan menuju destinasi! Memberi anda sesuatu yang baru, masa depan dan fenomena cemerlang, sama seperti sebuah superbike ... Zooooommm!!!

Have faith. Have fun ... have a safe journey.

Jumpa lagi!

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.