Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 3   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

STOP LUMBA HARAM !

SEMPENA menyambut Sukan Komanwel bulan ini sukacita saya ingin mengingatkan kepada semua brader-brader terutamanya yang tinggal di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan berdekatan dengannya berlangsungnya sukan terbesar di Asia ini, janganlah berlumba haram. Tiada pingat yang disediakan untuk acara ini, sorry beb.

Perlulah kami menasihati brader-brader supaya menghentikan aktiviti ini seketika atau pun selamanya jika boleh, supaya ia tidak mencemarkan nama baik negara kita. Dah lama kita menunggu saat-saat amat gemilang ini. Malulah pemimpin-pemimpin kita dan mensia-siakan usaha mereka jika aktiviti sebegini dipamerkan kepada pelancong dan juga atlet luar negara . Nanti, media-media luar pula mengheboh-hebohkan kegiatan tak berfaedah ini. Janganlah pula kerana hanya nila setitik, rosak susu sebelanga. Lagi pun pelancong-pelancong serta perwakilan sukan tidak langsung berminat menonton acara 'tidak rasmi' ini.

Menyentuh bab lumba haram juga, masih ramai lagi anak muda yang tak sayangkan nyawa dan yang lebih utama tak sayangkan mak bapak. Kesianlah mereka tu. Dah lah kena beli motor mahal-mahal untuk anak, terpaksa pula berkorban kasih kerana anak kemalangan jalanraya sehingga meragut nyawa ... sedihnya. Lagi sedih jika terlibat nyawa anak atau mak bapak orang lain yang tiada perkaitan dengan perlumbaan haram.

Nak lumba juga! Boleh! Tunggulah Litar Sepang yang akan siap sepenuhnya tidak lama lagi. Litar Sepang akan menjadi satu lagi kebanggaan seluruh warga Malaysia terutamanya apabila kita mementaskan perlumbaan Formula 1 dan Grand Prix Dunia. Pada masa itu, bolehlah brader-brader menunjukkan kebolehan dan kecekapan kepada seluruh dunia, tak payahlah membuang masa dan nyawa di lebuhraya-lebuhraya maut. Kami pasti negara kita memang berbakat menghasilkan Mick Doohan atau Max Biaggi buatan Malaysia ... jika anak muda tidak membazirkan nyawa kepada perlumbaan haram.

Ingat tu beb. Malaysia Boleh!

1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.