Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 4   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

GERMANY HERE WE COME !!!

WAH!!! Banyak betul kerja yang nak diselesaikan bulan ni. Selepas balik dari menyertai ekspedisi 'berdarah' Mobil Bikathon II, banyak kerja yang tersangkut. Bukannya malas, tapi masih terbayang-bayangkan kengerian ketika menyaksikan kemalangan maut jalanraya. Selama ni hanya baca di akhbar saja, tapi sekarang terbentang di depan mata. Apa boleh buat. Sudah takdir.

Sebaik pulih semangat, timbul pula kesibukan baru. Lampu hijau untuk ke Jerman menyertai Pameran Motor INTERMOT Munchen yang terbesar di dunia. Berbagai perkara perlu dibereskan. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan DUNIA RoDA edisi November depan sebabnya anda hanya akan dapat menyaksikan kecanggihan model-model terbaru yang masih belum berada di pasaran dunia.

DUNIA RoDA akan cuba mempamerkan sebanyak mungkin jentera-jentera terbaru dan keistimewaan pameran ini. Anda mungkin boleh mendapat maklumat terbaru serta keseronokan menyaksikan model-model terbaru di mana-mana majalah permotoran tempatan . Jadi pastikan anda tidak lupa membuat pesanan dari penjual majalah DUNIA RoDA di tempat anda.

Bulan lalu kita menyentuh tentang Sukan Komanwel. Tahniah diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang telah berjaya menjayakan sukan kedua terbesar di dunia ini. Dan yang paling membanggakan ialah rakan-rakan kita mat motor kerana tidak berlumba haram. Tahniah kerana tidak menjejaskan sambutan yang mengharumkan nama Malaysia ini. Tapi seeloknya lupakan teruslah kerja sambilan tu. Ye!

Bukannya apa, selepas menyaksikan kejadian kemalangan tempoh hari tu, barulah sedar betapa berharganya nyawa kita. Sekelip mata saja boleh hilang. Betul tak?

Jumpa Lagi.

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.