Make your own free website on Tripod.com
 
     Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 21   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

BUKTIKAN KEJAGUHAN ANDA!

Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman serta stabil dalam banyak segi. Sungguh pun begitu sesuatu yang amat menyedihkan ialah negara kita begitu banyak mengalami kehilangan nyawa di kalangan warga muda. Hasil kajian menunjukkan bahawa punca utama gejala ini ialah kemalangan jalanraya. Apa sudah jadi? Ketika para pemuda di kebanyakan negara lain sibuk dengan kemajuan teknologi, perjuangan politik dan tidak kurang juga perjuangan bersenjata, para pemuda kita pula masih ramai yang tidak sayangkan nyawa. Apalah gunanya berlagak di jalanraya dan berlumba secara haram sedangkan kerajaan dan beberapa pihak lain termasuk DR sendiri seringkali menyeru agar berhenti dari melakukan perkara yang sia-sia ini.

Alangkah beruntungnya negara bertuah ini jika mempunyai lebih ramai anak-anak muda yang boleh berfikir secara rasional. Betapa harmoninya jalanraya-jalanraya di negara jika tidak dicemari oleh mereka yang berfikiran singkat. Dan betapa bangganya kita semua andainya lebih ramai lagi pemuda yang mengaku 'pelumba handal' menyahut cabaran di atas litar lumba sebenar dan teramat membanggakan bagi kita semua jika lebih ramai lagi yang mewarnai kejuaraan-kejuaraan lumba motosikal peringkat antarabangsa seperti Grand Prix Dunia dan Kejuaraan Superbike Dunia atau setidak-tidaknya di kejuaraan peringkat Asia!

Dimana perginya jaguh-jaguh lumba jalanraya...! Adakah anda setakat jaguh di jalanraya? Jika benar anda sememangnya jaguh... nah... inilah masanya... buktikan! Buktikan dengan cara yang betul dan selamat. Kerana dengan cara ini sahaja anda layak digelar jaguh sebenarnya! Ayuh sambutlah cabaran ini wahai pelumba jalanan semua...! Contohi semangat yang ditunjukkan oleh pelumba-pelumba yang telah berjaya seperti Shahrol Yuzy, Wazi, Meganathan, Chia Tuck Cheong dan ramai lagi. Buktikan anda boleh melakukannya di litar...

BUKAN DI ATAS JALANRAYA!

1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara.