Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 24   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

DUNIA RoDA kini genap 2 tahun!

Dan kami raikannya dengan penukaran nama kepada DUNIA MoTO...

Kewujudan DUNIA RoDA hingga ke hari ini bukan sahaja diatas penat lelah krew DR semata-mata. Tetapi juga diatas sokongan berterusan dari para pembaca yang amat kami kasihi. Alhamdulillah kami masih disini dan berdiri diatas tapak kaki sendiri dengan sokongan anda semua. Oleh itu terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih buat semua pembaca tanpa mengira samada pembaca baru mahupun yang lama.

Dalam tempoh dua tahun yang telah berlalu, sungguh pun singkat tetapi dirasakan terlalu banyak ujian getir yang telah kami lalui seperti harga kertas yang semakin lama semakin meningkat. Semuanya adalah diatas sokongan kalian para pembaca yang amat kami kasihi. Ini adalah kerana tanpa sokongan, teguran dan bermacam bentuk cadangan yang diluahkan oleh para pembaca adalah hampir mustahil untuk kami menilai persembahan DR samada ianya diterima atau sebaliknya.

Dalam pada itu, bermacam usaha telah kami lakukan untuk menghasilkan yang terbaik buat semua pembaca dari sekecil-kecil tindakan hinggalah sebesar-besar tindakan yang radikal seperti penukaran nama majalah kesayangan kita ini dari DUNIA RoDA kepada DUNIA MoTO diatas pelbagai sebab yang munasabah. Dan bagi menandakan bermulanya tahun ketiga bagi DR maka secara rasminya bermula dari edisi DR bulan Julai depan kami akan menggunakan nama DUNIA MoTO dan tidak lagi DUNIA RoDA.

Bertitik-tolak dari situlah kami akan cuba melipat-gandakan lagi usaha dalam meningkatkan bentuk persembahan demi untuk kepuasan para pembaca. Selain dari itu kami juga akan tampil dengan cara yang lebih agresif dalam hampir segala segi. Dan bagi meraikan ulang tahun ke-2 DR, kami akan mengadakan karnival-karnival yang lebih hebat. Bagaimanapun ianya akan kami umumkan dalam edisi DUNIA MoTO bulan Julai. Oleh itu pastikan anda tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan lagi karnival tersebut.

Jumpa di saaaana...!!!

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara.