Make your own free website on Tripod.com
 
     Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 18   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

UTAMAKAN KESELAMATAN !

MOTOSIKAL merupakan suatu pengangkutan yang mudah, praktikal dan menyeronokkan. Akan tetapi ianya pasti mengundang banyak risiko jika disalahgunakan atau salah pertimbangan semasa menggunakannya . Selain itu penggunaan motosikal juga tidak dapat lari kemungkinan mengalami kemalangan samada kemalangan yang berpunca daripada kita sendiri mahu pun berpunca dari kenderaan lain yang pasti akan menyebabkan kecederaan atau kerosakan yang lebih di pihak penunggang motosikal. Oleh itu adalah penting bagi kita agar sentiasa mengutamakan keselamatan baik baik terhadap diri kita sendiri mahu pun terhadap motosikal yang digunakan.

Pemakaian kelengkapan keselamatan yang baik memang tidak dapat dinafikan mampu menjadi pelindung keselamatan terakhir bagi mengelakkan atau setidak-tidaknya mengurangkan risikokecederaan yang lebih serius. Oleh itu adalah sangat penting bagi kita mengenakan kelengkapan keselamatan semasa menunggang seperti penggunaan helmet yang berkualiti, menggunakan sarung tangan kulit, jaket menunggang yang sesuai seperti jaket kulit, memakai but menunggang daripada kulit dan adalah lebih baik jika turut memakai jaket pemantul cahaya berwarna cerah.

Apalah faedahnya jika lebih mementingkan penampilan yang cantik seperti hanya memakai kemeja T serta kasut yang lebih sesuai untuk berjalan-jalan semasa menunggang yang lebih bersifat keseronokan sementara berbanding dengan penggunaan pakaian yang bersesuaian yang mampu memberi perlindungan yang pasti memberikan faedah untuk jangka panjang!

Berkenaan ciri-ciri keselamatan pada motosikal pula bertujuan bagi memberikan kita peluang atau ikhtiar terakhir bagi mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan. Sebagai contoh, ramai anak-anak muda hari ini yang lebih berminat menggunakan tayar yang lebih kecil daripada yang sepatutnya semata-mata kerana ingin motosikal mereka kelihatan lebih 'ranggi' serta kononnya mampu meningkatkan daya pecutan dan sebagainya. Tetapi mereka tidak sedar bahawa ia sebenarnya telah mengurangkan tahap keselamatan yang sepatutnya diutamakan. Selain itu tidak kurang juga mereka yang kurang memberikan perhatian pada kegunaan lampu brek serta lampu belakang. Bukankah ianya sangat penting terutama semasa menunggang di waktu malam.

Dari segi teknikalnya banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri keselamatan pada sebuah motosikal yang boleh diuraikan. Namun apa yang penting adalah kesedaran akan betapa pentingnya bagi kita untuk perihatin akan keselamatan diri sendiri. Bagi mereka yang mahu mengadakan perjalanan jauh seperti balik kampung dan sebagainya, pastikan anda mengutamakan keselamatan seperti pastikan keadaan motosikal anda berada dalam keadaan baik serta rancanglah perjalanan anda dengan teliti agar anda selamat datang dan ...

Selamat pulang!

1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.