Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 6   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

MONEY ENOUGH NOT ENOUGH?

BELANJAWAN yang baru dibentangkan beberapa bulan lalu nampaknya menghilangkan keraguan dan melegakan kebimbangan, apatah lagi dengan kegawatan ekonomi hari ini, pasti akan menyukarkan keadaan sekiranya bebanan akan bertambah. Syukurlah apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan nampaknya ke arah memperbaiki keadaan.

Apa yang penting ialah memberi sebanyak mungkin sokongan supaya akan kembali kembali kepada sediakala dan kehidupan akan lebih sempurna. Tidak kiralah apa yang sedang melanda dan sedang berlaku dalam negara, yang pentingnya ialah kita hidup sebagai sebuah masyarakat di mana setiap seorang mempunyai peranan sendiri dalam merencanakan kehidupan. One nation, one country.

Menyentuh tentang belanjawan juga, ramai yang bersyukur kerana tidak akan dibebankan oleh cukai yang tinggi. Sebaliknya pula tidak dikenakan cukai langsung sepanjang tahun depan. Beberapa faktor yang sebelum ini tidak dihiraukan telah diberi perhatian serius. Antaranya ialah pendapatan dari hasil pembabitan dalam sukan motor dan juga pengurangan cukai jalan kepada kenderaan antik dan klasik.

Tetapi bagi mat-mat motor, sudah pastinya tidak menggembirakan. Apa tidaknya, tidak ada langsung perubahan terhadap cukai yang dikenakan dalam mengimport motosikal-motosikal berkuasa besar. Masih seperti sedia ada. Begitu juga aksesori, cukainya masih sama. Apa nak buat, kerajaan hendak mengajar kita berjimat-cermat dan menggunakan barangan buatan Malaysia. BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA !

Belanjawan baru bermakna tahun baru juga akan menjenguk. Bulan ini adalah bulan terakhir bagi tahun 1998 dan banyak yang perlu dilakukan untuk menyahut cabaran tahun depan yang mungkin lebih menyukarkan. Sama-samalah kita berazam untuk berusaha lebih keras bagi meningkatkan kekurangan yang dirasai tahun ini. Tetapi jangan pula hanya tahu meletakkan azam baru tetapi tidak pernah berusaha untuk menjadikannya kenyataan.

Sedar tak sedar juga DUNIA RoDA sudah berusia 6 bulan. Bak kata orang-orang tua, 'bertatih dahulu, berjalan kemudian'. Banyak telah dipelajari sepanjang usia 6 bulan ini. Banyak juga yang perlu ditempuhi untuk tempoh akan datang. Semoga DUNIA RoDA berkekalan.

Sekian. Salam Hormat.

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.