Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 14   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Kenali Diri Anda

Dalam kehidupan seharian kita tidak lepas dari melakukan berbagai kesilapan dan kecuaian. Acapkali juga ianya tidak kita sedari sehinggalah ada orang lain yang menegur kita. Tidak kira kesilapan yang kita lakukan itu kecil mahu pun besar lazimnya akan melibatkan orang lain malah adakalanya hingga melibatkan lebih ramai orang lain yang tidak bersalah!

Apa yang menjadi persoalan kali ini ialah kesilapan yang kita lakukan tanpa disedari tetapi dilihat oleh orang lain sebagai mementingkan diri sendiri. Ramai diantara kita yang kurang menyedari hakikat ini. Sebagai contoh adakalanya saya terserempak dengan penunggang motosikal yang memasuki selekoh atau menukar haluan secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang bentuk isyarat terlebih dahulu! Seperkara ianya boleh mendatangkan kecelakaan pada penunggang tersebut.

Seperkara lagi ia juga berpotensi untuk menyusah orang lain. Benar dalam kebanyakan kes kemalangan atau yang kita dapat lihat sehari-hari rata-rata kesilapan atau kesalahan tersebut sering dilakukan oleh pemandu kereta. Tetapi hakikatnya penunggang motosikal juga yang teruk! Itu baru disebabkan oleh kesilapan oleh pemandu kereta, cuba bayangkan jika kita penunggang motosikal yang terkena disebabkan oleh kesilapan atau kecuaian sendiri! Jika tidak terjadi kemalangan tidak mengapa tetapi bagaimana jika sebaliknya. Sudahlah teruk untuk menanggung kerosakan motosikal diri sendiri pula menanggung sakit dan lebih sakit lagi jika melibatkan proses undang-undang! Parah memang parah ...

Oleh itu, motif utamanya ialah adalah lebih baik jika sesuatu perkara yang tidak baik itu atau kemalangan berpunca daripada kecuaian orang lain tetapi tidak daripada kita. Dalam erti kata lain cuba pastikan kita sentiasa berada dalam situasi yang betul dan selamat kerana sekurang-kurangnya kita selamat disegi undang-undang disamping dapat membantu kearah meningkatkan imej baik terhadap penunggang dan pemilik motosikal seperti kita!

Wassalam.

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.