Make your own free website on Tripod.com
 
     Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 2   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

HARGA DOES MATTER

TERIMA KASIH diucapkan kepada semua pembaca yang telah sudi mengirimkan surat-surat serta e-mail kepada kami kerana sebagai sebuah majalah permotoran yang paling baru berada di pasaran, kami amat terharu dengan sambutan serta sokongan yang telah diberikan. Pun begitu, antara komen yang kami terima ialah mengenai harga. Memanglah tidak dapat dinafikan harga majalah DUNIA RODA agak tinggi berbanding majalah-majalah permotoran tempatan lain. Itu 100% tidak dapat dinafikan.

Untuk itu, demi anda semua, sebagai penerbit yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk mengurangkan harga tetapi ... ada tetapinya, masih mengekalkan kualiti serta kecanggihan grafik seperti majalah sulung lalu. Tidak banyak yang berbeza, yang ada hanyalah harga dan ketebalan muka surat. Lebih murah tetapi lebih mukasurat ... lebih bahan bacaan.

Tetapi bagaimana kami dapat melakukannya memandangkan keadaan ekonomi menjadi penghalang utamanya. Jawapannya ialah pengiklan-pengiklan kami yang telah memberikan sokongan padu kepada kami walaupun turut terjejas dengan kelembapan ekonomi hari ini. Kesudian Total Lubricants menjadi penyokong utama amat disanjung tinggi. Gambar-gambar ihsan Kawasaki Heavy Industries, Jepun dan begitu juga Boon Siew Honda yang telah sudi bersama-sama kami merealisasikan impian menerbitkan sebuah majalah berprestasi tinggi.

Lebih banyak pengiklan bersama kami, andalah yang akan mendapat tempiasannya. Kami dapat mendengar anda merintih, mengeluh malahan memberontak tetapi ketahuilah, anda tidak payah merintih lagi. Tetapi anda akan terus ketawa ... berpuashati kerana majalah baru ini mampu dimiliki siapa sahaja, di mana jua kerana demi anda kami berkorban.

Mulai keluaran kedua ini juga kami tambahkan lagi muka surat kerana kami juga mendengar ada yang mengeluh kerana kenipisan majalah isu perdana lalu. Berbagai bahan akan dapat anda nikmati dari masa ke semasa. Semua yang kami lakukan adalah kerana anda yang membimbingnya. Kami di sini hanya melaksanakannya. Sokongan yang anda tunjukkan memberikan kami lebih keyakinan untuk melakukan yang terbaik untuk semua. Sama-sama kita usahakan.

Salam hormat.

1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.