Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 37   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

The Circus is Back In Town!

Sarkis yang dimaksudkan ialah MotoGP untuk musim 2001 ini telah kembali ke Malaysia. Sekali lagi, segala kemeriahan MotoGP akan mula menghangatkan suasana seawal bulan September. Papan tanda iklan akan dilihat tersiar di tempat-tempat strategik. Iklan di media cetak dan elektronik mula muncul satu persatu. Peraduan yang berkait rapat dengan MotoGP juga sudah mula muncul untuk menarik dan membina kehangatan sukan lumba motor yang paling berprestij dunia.

Namun, adakah semua ini mampu menjanjikan Grand Stand yang penuh seperti Formula 1? Masih ingatkah apa yang telah jadi pada MotoGP 2000? Rasa malu dan segan timbul pada setiap sudut hati rakyat Malaysia apabila dalam kaca tv menunjukkan kekosongan yang ketara ketika permulaan grid perlumbaan. Akibat dari itu, ada suratkhabar mula mengatakan bahawa minat sukan lumba motosikal telah pudar di negara kita? Benarkah? Kalau begitu kenapakah setiap kali BCT Dunia Moto/BTSC, Cub Prix atau pun Asia Road Racing memperlihatkan penonton yang berduyun-duyun?

Faktor utama ialah: Harga tiket. Mana lebih penting? Keuntungan besar dari jualan harga tiket yang mahal atau imej Negara yang menjulang tinggi setiap kali muncul selautan manusia yang berbondong-bondong membanjiri Grand Stand? Perlu diingat, siaran TV perlumbaan ini boleh disaksikan oleh berjuta penonton luar negara. Hanya Negara kita di Asia Tenggara yang mampu menjadi host atau tuan rumah perlumbaan motosikal terulung dunia. Sesuatu perlu dilakukan oleh Pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Untuk peminat MotoGP, isu kali ini seperti biasa menyiarkan gambar-gambar dan berita terbaik mengenai jentera-jentera dan pelumba MotoGP 2001. Sebagai sebuah majalah motosikal tercanggih di Malaysia, kami memberikan anda siaran motoGP yang tidak mungkin akan dapat anda terima dari mana-mana majalah sekali pun! Kami percaya, memberikan yang terbaik memastikan DM mendapat sokongan yang terbaik dari anda semua... enjoy!

Stay Cool and Stay Upright...

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.   Hakcipta Terpelihara.