Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 27   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

KERANAMU...

... peminat Majalah Dunia Moto, penyokong dan penunggang motosikal, majalah ini sentiasa mengenengahkan Kempen Keselamatan Jalanraya....Kerana Mu jua, terdapat 68% di antara kita yang musnah di jalanraya tahun lepas....Kerana Mu... syarikat korporat yang prihatin seperti Dunlop Malaysia Industries Berhad (DMIB) memandang serius bahawa kita mesti menjadi penunggang yang lebih baik, lebih awas mengenai keadaan jalanraya, dan lebih mudah untuk dilihat oleh pengguna jalanraya yang lain.

Jesteru itu DMIB telah bermurah hati memperuntukkan RM1,000,000 ( tidak termasuk tenaga kerja dan hasil logistik dan kos) untuk menjalankan Kempen Keselamatan Jalanraya "DUNLOP TT100 The Original," untuk ditujukan kepada motosikal 150 cc dan ke bawah. Konsep kempen ini adalah mudah iaitu dengan dimulakan peraduan "Spot the DUNLOP sticker" , yang mana sebuah pelekat reflektif, dan dilekatkan pada topi keledar anda. Pelekat TT100 ini diberikan percuma ketika kempen-kempen atau "road-show" yang dijalankan (lihat jadual kempen pada iklan). Sebaik sahaja anda dilihat bersama pelekat reflektif tersebut pada topi keledar anda, hadiah-hadiah menarik seperti vest reflektif eksklusif yang direka khas untuk penunggang motosikal, tayar, bateri, dan barangan-barangan DUNLOP termasuklah hadiah utama yang perlu direbut iaitu peluang bersama Pasukan Lumba Motosikal Petronas Sprinta TVK di Sepanyol.

Kerana Mu... kami juga mendapatkan SHELL untuk mengadakan karnival bersama DUNIA MOTO di Plaza Angsana, Johor Bahru pada 9 & 10 hb September dan juga di Sunshine Square, Pulau Pinang pada 11 & 12 November 2000. Sekali lagi, temanya masih berkisar mengenai Kempen Keselamatan Jalanraya sambil anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai tidak kurang dari RM10,000 untuk diberikan secara PERCUMA kepada semua penyokong DM (pastikan anda mempunyai lesen motosikal yang sah untuk melayakkan diri anda kepada semua hadiah-hadiah menarik ini!!) - butir-butir terperinci di muka 26 dan 27.

Kerana Mu, Malaysia, kita semua berpeluang untuk hidup bahagia, meningkatkan taraf ekonomi diri sendiri dan yang paling utama, berkongsi minat dan keinginan terhadap motosikal, tanpa mengira latarbelakang, bangsa atau agama!!!

Kerana Mu, kita bertanggung jawab terhadap negara untuk menjadi penunggang motosikal yang berhemah, kerana kita adalah pemuda / pemudi harapan negara yang mampu melakukan perubahan serta menyumbang pada negara. Hanya diri kita sendiri yang mampu meningkatkan imej penunggang motosikal, lagipun, bukankah kita juga sebagai masa depan negara?

Akhir kata, Syabas Malaysia...

Syabas "Bikers"!!!

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.   Hakcipta Terpelihara.