Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 33   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Ujian Keteguhan

Tahun 2001 menampakkan tanda-tanda bahawa pemulihan ekonomi negara bakal menemui dugaan yang hebat berikutan kesuraman cuaca ekonomi Amerika Syarikat.   Namun begitu, kita perlu bertindak dengan bijak dengan sumber yang ada.  Bagi mereka yang telah melalui waktu-waktu susah dua tahun lepas, rasanya tidak sukar untuk bersifat berjimat cermat sekali lagi.

Begitu juga untuk golongan pencinta motosikal sekelian.  Sekarang ini adalah waktunya kita bersabar dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan dugaan hidup sekali lagi.  Motosikal yang ada itu, kita kekalkan dahulu. Jika rupanya sudah agak kurang mengancam, apa kata kita beli aksesori untuk menyerikan kembali penampilannya.

Banyak ruang boleh kita naik taraf motor kita.  Cat yang pudar, ditukar baru.  Mungkin mengikut skim warna pelumba kegemaran kita.  Hos brek getah boleh ditukar ke jenis 'steel braided' untuk mendapat rupa 'racing replika'.  Tayar ditukarkan kepada yang lebih ranggi, seperti tayar OEM ke tayar kompaun lembut.  Kepada mereka yang rajin sikit, boleh pula menukar fairing, lampu dan sport rims yang menjadikan rupa bentuk motosikal kita lebih sedap dipandang.

Semua ini saya ketengahkan kerana AFTA agak jauh lagi.  Adalah lebih sesuai kita 'pegang' dulu jentera kita yang ada.  Bila perlancaran AFTA pula nanti, barulah meriah sikit nak cari 'superbike' baru...   Sementara itu, untuk mengubat luka, untuk menempuh waktu-waktu sukar yang mungkin akan dilalui tahun ini, eloklah kita buat seperti yang dikatakan. Tidaklah kita membelanjakan wang yang banyak untuk membeli motor baru dan akhirnya terperangkap apabila kegawatan menyerang kembali.

Sekurang-kurangnya, dengan membeli aksesori-aksesori ini, selain motor kita sedap di pandang, ianya juga dapat membantu meningkatkan keupayaan motor kita terutamanya dari segi membrek, pengemudian dan kebolehan panjang hayat enjin.

Fikirkanlah...


© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.   Hakcipta Terpelihara.