Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 25   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Masa untuk memajukan diri

Kehidupan menjanjikan peluang untuk seseorang individu itu memilih arah tuju hidupnya. Jika pilihan yang dibuat itu betul maka berjayalah hidupnya. Sebaliknya jika pilihan yang dibuat itu salah maka hidupnya akan diselubungi rasa tidak puas hati, serba tidak kena atau hanyut dengan kealpaan.

Selaku rakyat Malaysia yang bertuah kita patut bersyukur diatas kemakmuran negara yang kita nikmati bersama. Namun ada segelintir manusia yang tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan kemakmuran yang dikecapi. Lebih teruk lagi apabila ada yang cenderung melakukan perkara yang merugikan diri sendiri seperti lumba haram dan berbagai lagi masalah sosial lain. Buat pelumba-pelumba 'maut' bukankah jauh lebih baik jika anda berlumba di litar perlumbaan? Anda berpeluang untuk ke tahap lebih tinggi dan selamat tanpa perlu menyusahkan orang lain. Tidak mengapalah jika terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana ianya tetap lebih berfaedah berbanding berlumba di atas jalanraya. Lagi pun, mana satu lebih mahal... nyawa atau kos untuk menyertai perlumbaan! Bagaimanapun ajal dan maut tidak kita ketahui kedatangannya. Cuma apa yang boleh kita lakukan ialah cuba elakkan dari mengambil risiko yang terlalu tinggi!

Pasukan Proton KR dan Sprinta TVK sudah mula menampakkan hasil apabila berjaya mempertingkatkan pencapaian masing-masing. Proton dan Perodua juga melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan model-model terbaru yang lebih berinovatif. Bagaimana pula dengan Modenas? Kami yakin mereka juga akan tampil dengan sesuatu yang baru dan kami berharap agar ianya lebih baik lagi. Dan memandangkan agak banyak kemajuan yang berlaku di sekeliling kita mengapa tidak kita pula turut bersama-sama memajukan diri khususnya bagi para pemilik motosikal. Apa yang hendak dimajukan? Menunggang motosikal memerlukan banyak kemahiran seperti membrek dan mengambil selekoh. Kebanyakkan kemalangan berlaku melibatkan mereka yang kurang mahir dalam beberapa perkara. Oleh itu kami mengambil langkah pendahuluan dengan memperkenalkan kepada pembaca semua dengan ruangan 'Cornering... Discover The Art' yang ditulis oleh Steve Brouggy iaitu pemilik 'Australian Superbike School'. Kami percaya semua golongan pembaca boleh memanfaatkan pengetahuan yang bakal diperolehi ini dengan sebaik-baiknya.

Selamat maju jaya!!!

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara.