Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 36   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Kembali dengan dendam!!!

Terima kasih di atas kesabaran dan sokongan anda. Maklumbalas awal dari pengedar kami terhadap keluaran DM dua bulan sekali adalah positif. Ramai ejen penjual meminta agar ditambah naskah DM untuk dijual. Ini menunjukkan sokongan yang diperlukan oleh DM untuk mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Kepada yang tidak mahu ketinggalan setiap isu sensasi naskah DM akan datang, ambil langkah terbaik ini... Langganlah Sekarang !

Untuk isu kali ini, kami mengalu-alukan kepulangan Norrick dalam keluarga DM. Norrick, selaku pengurus FastLenz Motorsports telah dilantik sebagai koordinator Editorial. Usahasama ini mengundang peluang baik untuk semua.

Kepada pembaca DM yang tidak mempuntai akses internet dan ketinggalan perbincangan-perbincangan menarik www.duniamoto.com melalui segmen popular Sembang Moto,kami telah mewujudkan Talian Dunia Moto 600-85-7070 untuk kemudahan anda. Talian ini menawarkan informasi berkaitan motosikal, chat line tertunda untuk bikers, pesanan untuk krew DM, pertanyaan atau nasihat teknikal dan juga peraduan bulanan MotoGP dimana kami menawarkan hadiah-hadiah menarik dari pakej percutian hinggalah beg Harley Davidson , jaket kulit, topi keledar dan banyak lagi. Dail sekarang 600-85-7070 dan mana tahu, anda mungkin pemenang utama bulan hadapan !

Juga untuk memnuhi permintaan ramai, kami telah memulakan pendaftaran untuk Dunia Moto Racing Team (DMRT), borang terdapat di ms. 32 bersama keterangan lanjut . Sertai sekarang untuk menjadi krew DM dan anda akan menjadi golongan pertama yang mendapat faedahnya. Tanyalah mereka yang pernah terlibat membantu DM di mana-mana acara kami, pastinya tidak mengecewakan. Tidak hanya itu, kami akan membawa ahli kelab untuk'membelasah' litar lumba yang ada dinegara kita ini. Anda berpeluang bertemu pelumba tempatan dan juga  pelumba antarabangsa.

Ya, hanya eksklusif untuk penyokong DM. Penyokong yang bukan hanya menyokong dengan mulut, tetapi mereka yang tak pernah ketinggalan membeli DM setiap keluaran. Jika anda ingin tergolong dalam pasukan 'elit' ini, pastikan anda bersama kami. DM akan kembali menggegar dunia motosikal, kali ini kami kembali dengan semangat membara !

Walau pun keadaan makro-ekonomi masih samar namun dengan sokongan padu  anda di belakang kami, Dunia Moto masih dapat melawan dengan penuh dendam kesumat !

Stay Cool and Stay Upright...

© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.   Hakcipta Terpelihara.