Make your own free website on Tripod.com
Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia duniamoto@egroups.com
DUNIA MOTO GP 500 KARNIVAL

KARNIVAL DR KE 3 TELAH BERAKHIR DENGAN JAYANYA...!!!

KINI TIBA !!! Karnival DUNIA MoTO ke 4 ...!!! Menampilkan Shell sebagai Penaja Utama karnival kali ini.

Bertempat di : Kompleks PKNS Bangi Pada tarikh : 15hb. - 16hb. Julai 2000 ( Sabtu dan Ahad ) Masa : 10 pagi - 10 malam Acara kemuncak: 1 tengahari - 5 petang Aktiviti : Roda Impian DUNIA MoTO, Pertunjukan Fesyen , Pemanduan Berhemat, Peraduan Melakar Topi Keledar, Pentomin, Membonceng Motosikal Berkuasa Tinggi, Demo Pemanduan Selamat, Pameran Motosikal, Artis Jemputan dan banyak lagi... kami telah menjemput beberapa kumpulan rock untuk karnival kali ini, kumpulan Krystal dari Awie Production juga dijemput sama... Jangan ketinggalan...!!!

Hadiah telah disediakan untuk 500 bikers pertama yang mengunjungi kaunter kami. 500 T-shirt untuk dibawa pulang oleh mereka yang bernasib baik. Siapa cepat dia dapat, jangan lupa tunjukkan lesen motosikal anda yang sah kepada krew kami sementara stok belum kehabisan pada karnival ini nanti. Minuman dan sticker percuma juga disediakan. Awasi ketibaan tarikh keramat ini, 15hb. - 16hb. Julai 2000. Jumpa di sana... di sana... di saaanaaa...

* Sila dapatkan DUNIA MoTO edisi JULAI dipasaran sekarang untuk aturcara lengkap Karnival Shell bersama DUNIA MoTO.

 

***************

LAPORAN KARNIVAL DR KE 3

KARNIVAL DUNIA RoDA MALAYSIAN GP - AUTO 2000 telah berlangsung dengan jayanya selama 11 hari bermula dari 19hb. hingga 29hb. FEBRUARI 2000 bertempat di tingkat bawah pusat membeli-belah THE MALL , Kuala Lumpur ...

APA ADA KAT KARNIVAL NI ...???

Terdapat pameran motosikal lumba, Harley Davidson dan TZM edisi Millenium. Kami ada menjual edisi-edisi terdahulu DUNIA RoDA dengan harga RM5 untuk 2 naskah. Apabila membeli 2 naskah majalah kami, anda berpeluang mendapat hadiah percuma di bahagian ROLLER BALL. Disamping itu, kami juga menjual T-shirt DUNIA RoDA, bandana, topi dan barangan Fieldsheer. Tiket GP 500cc yang akan berlangsung di Litar Sepang juga ada dijual di sini.

ADA LAGI ...!!!

Pada hari Sabtu atau Ahad ada pertandingan menggayakan fesyen pakaian penaja dan juga pertandingan melakar corak topi keledar. Disamping itu juga, banyak hadiah-hadiah telah dimenangi oleh mereka-mereka yang naik ke pentas untuk menjawab soalan. Begitu banyak hadiah-hadiah telah dibawa pulang. Bukan sahaja bikers, malahan kanak-kanak juga banyak dapat hadiah.

ADA KARNIVAL LAGI ...???

Sudah pasti...!!!

Oleh itu, kerap-keraplah melawat website ini untuk maklumat terbaru.

1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara.