Make your own free website on Tripod.com
 
     Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 17   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

Syabas Malaysia

Syabas kerana berjaya dalam penganjuran salah satu acara sukan permotoran paling berprestij dewasa ini. Acara yang berjaya menarik kedatangan ribuan pelancong dari luar negara. Ditontoni oleh berjuta-juta peminat ‘Formula 1’ di seluruh dunia! Begitu bangganya menjadi rakyat Malaysia. Namamu kini gah di mata dunia. Siapa yang berani menafikannya kerana terbukti sudah dengan jayanya. Selaku rakyat yang cintakan negaranya kita mestilah sentiasa cuba memberi sepenuh sokongan dalam apa jua yang diusahakan demi kebaikan kita semua. Begitulah komitmen kami di DUNIA RoDA! Namun amat dikesali lantaran masih ada diantara kita yang masih terlalu mengagung-agungkan bangsa penjajah.

Berpegangkan semangat ‘Malaysia Boleh’ kita harus yakin kita mampu melakukan segala yang dirancang dengan jayanya. Begitulah harapan kami serta seluruh wakil media tempatan yang teramat mengharapkan layanan setimpal dalam membuat laporan lebih-lebih lagi untuk persediaan acara-acara terkemuka lain di tahun hadapan agar turut memberikan ‘ruang’ yang secukupnya buat kami. Siapa lagi yang akan benar-benar mempromosikan negara jika bukan kami, terutamanya dalam usaha untuk mempromosikan sesuatu kejohanan dikalangan rakyat sendiri!

Namun adalah lebih baik jika kita semua rakyat Malaysia bersama-sama mengibarkan bendera negara sebagai tanda bahawa kita berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia! Tidak menjadi masalah jika kita turut membantu mempromosikan negara dengan cara mengibarkan bendera negara tercinta! Dan kita sudah tentu amat berbangga jika ada rakyat kita yang menaiki podium!

Akhir sekali kami menjemput sekalian pembaca untuk hadir ke karnival mini kami pada 29 Oktober hingga 7 November yang bertempat di Subang Parade. Sila dapatkan butiran lanjut berkenaan karnival di mukasurat 51 majalah ini.

Jumpa disana !!!

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.