Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 MOTOTALK BIL. 5   Edisi Terdahulu   Cover & Poster   Kandungan   Edisi Seterusnya 

From Germany With Love

SERONOK TAK ? Tengok gambar-gambar tercanggih yang dapat kami paparkan bulan ini. Bukannya senang nak dapat gambar-gambar sebegini, jauh perjalanannya. Terima kasih perlu diucapkan kepada Ketua Penerbit, Atan yang bersusah payah men'sedekah' duit perbelanjaan untuk ke sana. Satu pengalaman menarik yang lambat jugelah nak dilupakan. Maklumlah bukan senang dapat pergi ke Eropah, Jerman pulak tu. Mahal ooo! Atan bersusah payah sebab nak menyajikan yang panas-panas sahaja buat pembaca yang dikasihinya.

Jadi bagi mereka yang inginkan lebih pengetahuan tentang jentera-jentera terbaru di pasaran terutamanya model 1999, pastikan anda tidak ketinggalan mendapatkan majalah Dunia Roda pada setiap bulan kerana kami akan memulakan sesuatu yang baru, menyalurkan maklumat dan informasi terkini. Tetapi kalau ada yang bertanya mana cerita tentang model terbaru Suzuki, GSX-R1300 Hayabusa ... akan menyusul kemudian. Banyak lagi yang akan persembahkan nanti. Sabar ye ...!!!

Bulan ini juga Dunia Roda akan berkampung di Pusat Pameran Antarabangsa MINES kerana berlangsungnya Pameran Motor Antarabangsa Malaysia yang dianjurkan oleh Protemp Exhibition Sdn. Bhd. Ketika di sana nanti kami akan membawa hadiah yang sudah dijanjikan kepada pembaca, Honda Shadow VT600 bagi membuktikan yang kami sebenarnya serius.

Jadi bolehlah mana-mana pembaca yang masih sangsi berkunjung ke booth kami untuk melihat dengan lebih dekat lagi rupa VT600 ini yang tiada bandingannya dengan model-model VT lain. Ini tentunya akan menjadi milik mereka yang bertuah yang telah menyertai peraduan ini. Walaupun ianya bukanlah sebuah pameran yang akan mempameran jentera-jentera terbaru seperti mana yang kami paparkan dari Munich, Jerman tetapi sekurang-kurangnya pamerkan sebegini akan juga membuka mata dunia untuk melihat kebangkitan industri automobil yang terjejas akibat kegawatan ekonomi.

Bayaran masuk hanya RM10 dan mereka yang berkunjung akan diberikan kupon yang boleh ditukarkan dengan barangan ataupun mendapatkan diskaun-diskaun menarik untuk membeli barangan ataupun aksesori kereta dan motosikal. Tiada sebab untuk anda tidak ke sana sekiranya anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan industri permotoran.

Jumpa di sana ...!!!

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. All rights reserved.