Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©      duniamoto@egroups.com
 EDISI PERTAMA   Kandungan   Mototalk   Edisi Seterusnya 

MULANYA DI SINI

Inilah majalah pertama keluaran kami. Lahirnya ditengah kegawatan ekonomi. Namun dengan tekad dan semangat yakin boleh, kami gagahkan diri untuk menempuh segala dugaan. Kehadirannya menggegarkan persada dunia dua roda tanahair. Bukan niat memberi saingan, cuma untuk memeriahkan lagi keadaan. Dengan harga permulaan RM6, kami menerima begitu banyak bantahan. Bukan sengaja mencari untung, tapi kos pembikinan terlalu tinggi. Maklumlah di tengah kegawatan ekonomi dan ironinya kami lebih mengutamakan kualiti. Demi untuk pencinta DUNIA RoDA tanahair, dari keluaran kedua kami telah menurunkan harga kepada RM5. Sehingga sekarang, biar pun kos semakin meningkat dan majalah seumpama ini telah dinaikkan harga lagi. Tapi kami masih mengekalkan harga yang sama malahan telah meningkatkan lagi kualiti majalah ini. Bandingkan majalah kami dengan majalah motosikal luar negara yang sama kualitinya. Anda akan dapati bahawa DUNIA RoDA adalah 75% lebih murah sebenarnya. Kami amat berterima kasih di atas sokongan anda. Anda adalah pendorong kepada kecanggihan DUNIA RoDA. Majalah ini semakin mantap dari hari ke hari kerana sokongan anda. Andai ada yang tidak berkenan di hati, email kami. Kami berusaha menyajikan yang terbaik untuk anda . Sila klik pada "icon" DUNIA RoDA yang bergerak di sebelah kanan atau kiri anda, dan memberi komen untuk ruangan Koresponden ... Terima Kasih ...

Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©

© 1998 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.    Hakcipta Terpelihara.