Majalah Motosikal Tercanggih Di Malaysia ©
duniamoto@egroups.com

KONVOI BERSAMA DM

  . . .YANG DITUNGGU-TUNGGU KINI TIBA !!!

PADA TAHUN 2001 INI, MAJALAH DUNIA MOTO AKAN MENGADAKAN SEKURANG-KURANGNYA 4 KONVOI UNTUK PEMBACA MENYERTAINYA. KONVOI KE PORT DICKSON, PHUKET, KOTA BAHRU DAN KE SELATAN (SAMA ADA MERSING/BATU PAHAT/DESARU - AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN). KONVOI TAHUN INI, KAMI NAMAKAN "DM'S TOY RIDE CAMPAIGN". INI BERMAKNA KONVOI DM JUGA MELAKUKAN KERJA AMAL DENGAN MENDERMAKAN BARANG PERMAINAN KEPADA RUMAH ANAK-ANAK YATIM.

Konvoi pertama musim nih ke mana? Elleehh, dekat jer... ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Apasal dekat sangat? Abis tu, nak bagi can semua bikers kecik & besar turut serta...

Bila? 4hb Mac 2001 - hari Ahad, 8.30pagi. Berapa hari? Satu hari jer, pergi pagi dan balik petang... takkan tak larat kot? PD jer...

Berapa bayarannya? Haa... ni yang best nih... RM10 jer... apa yang perlu anda buat ialah potong keratan Logo DM dari edisi Februari 2001 (khas untuk segmen ni) dan bawa untuk pendaftaran pada hari Jumaat 16hb Februari 2001. Tempat adalah terhad untuk 50 individu pertama sahaja. Kalau nak bawak awek, mak, nenek ke sebagai pembonceng... kena jugak satu keratan tersebut! Kepada sesiapa yang gagal menyertakan keratan tersebut dan sekiranya masih ada kekosongan pada 16hb, anda boleh membuat bayaran RM20.00 (seorang) untuk turut serta.

Ada syarat-syarat lain? Haaa... adaaa... setiap peserta konvoi dikehendaki membawa sejenis barang permainan (toys), tak kira besar atau kecik, mahal atau murah, baru atau second hand. Barang permainan ini akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim yang bakal dilawati sebagai salah satu acara konvoi Dunia Moto. Jadi, ingat! bawak mainan sekali untuk konvoi ini. Siapa tak bawak, kena reject.

Apa aktiviti menarik? Waahh... bermacam-macam acara untuk 'bergumbira' kat pantai PD! Ada hadiah-hadiah menarik disediakan, lucky draw dan macam-macam lagi lah!!

Ada lagi? Adaaa... sesapa yang pakai baju DUNIA MOTO, berpeluang untuk turut serta dalam 'lucky draw' khas!!! Hanya untuk ahli konvoi yang memakai T-shirt DM jer... yang tak ada? Sorry, tak dapek nolong...

Jika anda tidak dapat hadir sendiri ke pejabat DM, boleh juga menghantar penyertaan melalui pos. Abis tuh... tunggu apa lagi? Hantar ler cepat keratan Logo DM berserta yuran pendaftaran ke pejabat DM pada atau sebelum 16hb. Februari 2001... Jangan lepaskan peluang keemasan ini...!!!


© 1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd.    Hakcipta Terpelihara.