Make your own free website on Tripod.com

*************************
MEREKA KELAPARAN... MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA !
************************

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua BIKERS. Awasi ketibaan majlis jamuan yang dianjurkan oleh Kay-A Performa (penerbit Majalah Dunia Moto) dalam masa terdekat ini.

TEMA :
Majlis Berbuka Puasa Dunia Moto dan menderma untuk
Tabung Kanak-Kanak Pelarian Afghanistan.

TEMPAT :
Banjaros M.C. 22A Jln Bola Tampar 13/14, 40100 Shah Alam.
(bertentangan ... masuk dari arah Makro ke roundabout...pusing kanan @ pukul 3... jalan hampir 500 meter dan tempatnya di sebelah kiri/blok kedai 3 tingkat...voila! kita dah sampai kat sana... seberang jalan tu tempat letak kereta Stadium Shah Alam, trek go-cart).

TARIKH  / MASA :
1hb. Disember' 2001  -   6.00pm hingga 11.30pm                          ( Hari Sabtu - malam Minggu )

ACARA :
Berbuka Puasa secara 'Buffet'. Bayaran dikenakan dalam lingkungan RM12.00 - RM15.00 seorang
(menu termasuk nasi, mee, ayam, daging, kuih muih, pemanis mulut dan minuman). Setiap RM5.00 daripada bayaran tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Kanak-Kanak Pelarian Afghanistan (caterer akan menaja sebahagian daripada kos buffet tersebut).

Sponsor Tempat: Banjaros Malaya M.C.
Caterer: Akan diumumkan kemudian.
Majalah Rasmi: Dunia Moto
Penganjur : Kay-A Performa Marketing Consultancy

Acara sampingan yang bakal dibuat:
Acara lelong barangan & cabutan bertuah. Hasil lelongan barangan, 100% akan disumbangkan kepada Tabung Kanak-Kanak Afghanistan.

Di antara barangan yang akan dilelong:
- Original Harley merchandise - sponsor Harley-D M'sia
- Red Bull merchandise (cap badge dll)- sponsor Red Bull
- Helmet LTD & MICHEL , T-shirt - sponsor SolidGold Helmets.
- Barangan Fieldsheer - sponsor Fieldsheer
- Barangan DM dan Minyak 2T / 4T : sponsor Kay-A Performa
- Dunlop tayar, Cap, T-shirt etc - sponsor Dunlop M'sia
- Sun glasses adidas ( Sponsor - Sky Bright/Adidas eyewear)
- Kuih muih Raya (Sponsor : BTSC)
Sponsor dalam proses perbincangan : Yamaha, Suzuki, Honda, BIKERZdan Proton.

Juga akan diadakan cabutan bertuah untuk para bikers yang hadir. Pada rancangan awal, kami ingin menjemput kugiran namun memandangkan majlis ini diadakan di bulan Ramadhan maka ianya terpaksa dibatalkan. Walau bagaimana pun, DM telah menjemput artis KL menJERIT: Nisdawati (dia bawak moto Triumph), Liza Hanim, Rosyam Nor, Saiful (Senario), Danny X factor dan juga personaliti lain untuk turut hadir berbuka puasa bersama kita semua.

Anda diperlukan untuk:
1. Hadir di majlis ini
2. Beritahu rakan-rakan agar mereka juga turut hadir

DM telah menjemput bikers dari Taiping, Pulau Pinang, Ipoh, Seremban, Muar dan Kelab Kereta Volks Wagon juga akan turut hadir.

Marilah menderma untuk membantu mereka yang amat memerlukan.

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENDERMA.

1998-2000 TIME-Tristan Publishing (M) Sdn. Bhd. Hakcipta Terpelihara.